“Baru Cantik Nak Sarung Cincin” – Ini Tips Mudah & Murah Untuk Dapat Kuku Cantik Berkilat

Gaya Hidup

“Baru Cantik Nak Sarung Cincin” – Ini Tips Mudah & Murah Untuk Dapat Kuku Cantik Berkilat

Kuku selalunya jarang diberikan perhatian secukupnya sepertimana kita fokus pada penjagaan kulit wajah, rambut dan badan.

Bagi sesetengah orang, memotong kuku seminggu sekali sudah memadai untuk menjaga kebersihan namun sebenarnya penjagaan kuku bukan setakat potong tetapi juga merangkumi rawatan membuang kutikel, membersih, melembap dan membentuk bahagian tepi dengan baik bagi mengelak risiko cagu.

Advertisement

Kalau sebut pasal penjagaan kuku selalunya kita dengar orang akan cerita pasal manicure dan pedicure kan? Tapi tak semua orang ada bajet perbelanjaan untuk pergi mendapatkan khidmat itu.

Seorang wanita berkongsi tips untuk buat kuku kekal sihat dan cantik yang diamalkannya selama ini. Menurutnya, ianya tidak susah dan tidak terlalu mahal kerana hanya menggunakan dua jenis produk sahaja!

 

Pakai Nail & Cuticle Oil

Kata wanita ini, dia sering mempunyai masalah kutikel yang kering dan pedih akibat terkopek.

Tapi lepas I guna duo kat bawah ni, finally kuku I more shiny & well-hydrated. No more cuticle kering!”

Produk pertama yang digunakannya adalah nail & cuticle oil. Pastikan anda pakai setiap malam sebelum tidur. Sapu dan ratakan pada bahagian kuku, kemudian massage.

 

Sapu krim

Selepas dah ratakan minyak tadi, sapukan pula krim pelembap atau lotion khas untuk kulit kering. Kata wanita itu, sebenarnya boleh saja sapu krim dahulu kemudian minyak.

Kalau lihat pada gambar yang dikongsikan, memang nampak beza sebelum dan selepas dia mengamalkan tips sapu minyak serta krim ini.

Jadi, anda pun bolehlah cuba! Tips ini juga boleh cuba di kuku kaki. Murah, jimat dan berkesan.

cetaphil
4 years ago

Kulit Selalu Kusam Dan Kering? Ketahui 7 Kelebihan Pelembap Muka Bagi Melawan Masalah Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...