Penyanyi dan usahawan, Ariz Lufias meminta agar orang ramai tidak membandingkan perniagaan kek tapak kudanya dengan peniaga yang lain di media sosial. Dia menyatakan rasa kesal apabila ada netizen yang memberi komen tidak sepatutnya terhadap keknya itu.
Tak mahu ‘bad vibe’ ketika berniaga
Kata Ariz di TikTok, dia menjelaskan bahawa perniagaannya itu tidak bermaksud untuk bersaing secara tidak baik dengan peniaga lain. Dia hanya ingin berniaga secara tenang dan positif.
Baru beberapa hari meniaga kek tapak kuda dah mula ada kejadian yang kurang manis berlaku. Saya mohon jangan tag nama saya dekat peniaga kek tapak kuda yang lain. Hal tu boleh datangkan bad vibe pada saya.
@arizlufias #kektapakkudabyarizlufias #dessert #kektapakkuda #foodie #easyrecipe ♬ suara asli – asrulmaulanabeling
Hanya menumpang rezeki kek tapak kuda
Katanya lagi, dia hanya berjual kek tapak kuda ini kerana ingin menumpang rezeki dan hype kek tersebut sekarang. Tambah Ariz, dia hanya mahu mempromosikan keknya itu tanpa menjatuhkan orang lain.
As long as tak tag dengan baker lain okay saja. Risau ada yang tak suka.
@arizlufias #kektapakkuda #kektapakkudabyarizlufias #sweet #dessert #easyrecipe ♬ suara asli – ||
Bukan itu sahaja, usahawan ini turut berkata bahawa dia yakin niat para netizen ini baik cuma perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepadanya dan perniagaan kek tapak kudanya itu sekiranya berlanjutan.
Sebelum ini, sempat tular di laman TikTok apabila Ariz berkongsi momen dimana kek tapak kudanya habis terjual dalam masa yang singkat. Dari situ, permintaan keknya itu semakin bertambah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.