“Orang Berniaga Kau Pun Nak Niaga” – Wanita Kecewa Beli Cromboloni ‘Viral’, Yang Dapat Lain Betul Daripada Yang Diiklan

Hiburan

“Orang Berniaga Kau Pun Nak Niaga” – Wanita Kecewa Beli Cromboloni ‘Viral’, Yang Dapat Lain Betul Daripada Yang Diiklan

Tular di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai satu ‘dessert’ yang dikenali sebagai cromboloni di mana ia adalah manisan gabungan croissant dan bomboloni.

Dek kerana kehangatan manisan itu yang dicari ramai, ramai pengusaha roti dan manisan mula mengambil peluang untuk menjual cromboloni bagi mencari keuntungan.

Advertisement

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa gara-gara cromboloni yang ditempahnya, indah khabar dari rupa.

Kekecewaan wanita itu diluahkan di Facebook dan menuai pelbagai daripada netizen.

Orang lain nak berniaga, awak pun nak berniaga. Pala bana betul. Hangin saya.

Orang beli pakai duit. Hampa bezakan sendiri iklan dia dengan yang dia COD dekat saya.

Wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama peniaga berkenaan  dan dia memberikan alasan bahawa foto yang diiklan itu hanyalah sebagai rujukan semata-mata.

whatsappSumber : Facebook  

Netizen kemudian mengkritik tindakan peniaga berkenaan yang didakwa hanya sekadar tangkap muat dan tidak jujur dalam berniaga.

Sudah macam roti canai kena pintal. Apa orang nak niaga, kau nak jual. Tak reti jangan buat.

Buat iklan ambil gambar orang begitulah jadinya, Lepas tu cari resipi dekat TikTok buat jual.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rnr sandwich
4 months ago

"Tak Henti Buang Air Besar, Kritikal Muntah" - Wanita Didakwa Temui Ajal Lepas Makan Sandwich Yang Dibeli Di R&R

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...