Baru 21 Tahun, Bunga Isme Dah Berjaya Miliki Rumah Sendiri

Hiburan

Baru 21 Tahun, Bunga Isme Dah Berjaya Miliki Rumah Sendiri

Penyanyi rap muda yang namanya semakin meningkat naik, Bunga Isme khabarnya telah berjaya memiliki rumah sendiri meskipun baru sahaja mencecah usia 21 tahun.

Bunga Isme
3 years ago

"Rasa Macam Tak Adil.." Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri, Bunga Isme Terkilan

Advertisement

Ujar Bunga, kejayaan memiliki aset berharga itu adalah berkat disiplin dan sikap berjimat-cermat yang diamalkan sejak dua tahun yang lalu.

Tambahnya lagi, doa ibu dan ayah yang sentiasa mengiringi turut menjadi penyumbang kepada pencapaiannya itu.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari berkata ibu bapanya juga tidak percaya dan dalam pada masa yang sama terkejut dan bangga apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Ibu bapa mana yang tak bangga kalau anak mereka berjaya beli aset sendiri pada usia yang muda. Ini semua adalah berkat doa mereka dan apa yang saya raih ini, untuk mereka yang membesarkan saya sehingga sekarang.

Maklum Bunga lagi, kediaman barunya itu bertempat di Hulu Langat, Selangor dan bernilai hampir RM300,000 serta dijangka siap menjelang tahun 2023.

Jelas penyanyi lagu Kena Check itu lagi, dia juga telah berkorban banyak perkara dan sentiasa perlu memastikan keluar masuk wang tunai di bank sentiasa baik dalam usaha memiliki kediaman barunya itu.

Dia dalam pada itu juga menganggap rumah barunya itu adalah sebagai hadiah buat ibu bapanya dan berharap ia sedikit sebanyak menggembirakan  hati serta dapat  mengukir senyuman di bibir orang tuanya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...