“Rasa Macam Tak Adil..” Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri, Bunga Isme Terkilan

Hiburan

“Rasa Macam Tak Adil..” Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri, Bunga Isme Terkilan

Tindakan beberapa selebriti terkenal menyalahguna kebenaran rentas negeri nampaknya turut mengundang rasa kurang senang kepada penyanyi baru, Bunga Isme yang mengakui berasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab dan sensitif mereka itu.

Ujar Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari,21, dia merasakan tidak adil kerana orang lain terpaksa mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan meskipun menanggung kerinduan yang amat mendalam terhadap keluarga.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan bapa tersayang yang kini berada di Kedah dan hanya mampu berhubung melalui panggilan telefon.

“Rasa macam tak adil bila tengok orang lain rentas negeri sedangkan kita pun dah lama berjauhan dengan keluarga. Mereka yang salah guna kebenaran rentas negeri ni tak fikir ke tentang orang lain yang terpaksa tanggung rindu kerana tak ada kemampuan itu. Kita selebriti mungkin boleh keluarkan surat menyatakan kita kerja tapi hakikatnya ada yang gunakan untuk tujuan lain..itu sebenarnya salah dan tak adil buat semua..”

Mengakui dia kini sangat merindui bapanya yang tinggal jauh di Utara, Bunga berkata dia juga turut risau akan keselaamatan dan kesihatan bapa kerana memikirkan faktor umur orang tuanya itu yang semakin meningkat.

Kata Bunga, dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun hanya ingin berkongsi luahan hati yang terpendam.

Dia juga turut sempat berpesan agar masyarakat di luar sana agar tidak mementingkan diri sendiri dan peka dengan keadaan semasa.

Perkembangan lain, Bunga Isme baru sahaja muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Irama Aidilfitri di mana dia turut bergandingan dengan penyanyi hebat lain seperti Awi Rafael, Ning Baizura, Julia Farhana, Tiz Zaqyah dan Ismail Izzani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...