Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Baru 21 Tahun, Bunga Isme Dah Berjaya Miliki Rumah Sendiri

Bunga Isme

Penyanyi rap muda yang namanya semakin meningkat naik, Bunga Isme khabarnya telah berjaya memiliki rumah sendiri meskipun baru sahaja mencecah usia 21 tahun.

Advertisement

Ujar Bunga, kejayaan memiliki aset berharga itu adalah berkat disiplin dan sikap berjimat-cermat yang diamalkan sejak dua tahun yang lalu.

Tambahnya lagi, doa ibu dan ayah yang sentiasa mengiringi turut menjadi penyumbang kepada pencapaiannya itu.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari berkata ibu bapanya juga tidak percaya dan dalam pada masa yang sama terkejut dan bangga apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Advertisement

Ibu bapa mana yang tak bangga kalau anak mereka berjaya beli aset sendiri pada usia yang muda. Ini semua adalah berkat doa mereka dan apa yang saya raih ini, untuk mereka yang membesarkan saya sehingga sekarang.

Maklum Bunga lagi, kediaman barunya itu bertempat di Hulu Langat, Selangor dan bernilai hampir RM300,000 serta dijangka siap menjelang tahun 2023.

Jelas penyanyi lagu Kena Check itu lagi, dia juga telah berkorban banyak perkara dan sentiasa perlu memastikan keluar masuk wang tunai di bank sentiasa baik dalam usaha memiliki kediaman barunya itu.

Dia dalam pada itu juga menganggap rumah barunya itu adalah sebagai hadiah buat ibu bapanya dan berharap ia sedikit sebanyak menggembirakan  hati serta dapat  mengukir senyuman di bibir orang tuanya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    September 20, 2021 at 8:43 am

    tahniah dikk. ramai teenagers skg dah pandai atur hidup. beli rumah seawal umur yg boleh supaya lekas2 habis hutang rumah. rumah tu aset. kereta tu liabiliti. sampai mase harga die jatuh. sampai mase sementara kereta tu ade harga lagi baik jual beli lain. good job dikk.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top