Barang Awal Ashaari Dicuri Sewaktu Kemalangan

Hiburan

Barang Awal Ashaari Dicuri Sewaktu Kemalangan

Umum mengetahui bahawa pengacara terkenal Awal Ashaari baru-baru ini telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran R&R Ayer Keroh Melaka, apabila kenderaan Awal yang dipandu oleh rakannya Izuan Mokhtar hilang kawalan.

Tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, Awal bagaimanapun merasa sedikit terkilan apabila terdapat individu yang mengambil kesempatan mencuri barangan peribadi miliknya sewaktu kemalangan tersebut berlaku.  Kasut yang dipakai olehnya sewaktu itu turut hilang.

Advertisement

Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.

Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil. Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri.

Masih lagi trauma dengan kemalangan yang berlaku. Awal mengingatkan semua agar berhati-hati sewaktu memandu.

Ada orang yang jujur untuk membantu kita sewaktu kemalangan dan ada juga sekadar mengambil kesempatan, apatah lagi mereka tahu Awal Ashaari seorang artis, pasti ada barang yang berharga.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...