“Bapak Besttt” – Netizen Terkesima Dr Amalina Kongsi ‘Benefit’ Kerja Di UK, Dapat Cuti Bersalin 10 Bulan

Kehidupan

“Bapak Besttt” – Netizen Terkesima Dr Amalina Kongsi ‘Benefit’ Kerja Di UK, Dapat Cuti Bersalin 10 Bulan

Baru-baru ini, doktor pakar yang dikenali ramai iaitu Dr Amalina Che Bakri memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia akan mengambil cuti bersalin anak sulung selama 10 bulan dan pendedahan itu telah menarik perhatian ramai.

Lagi membuatkan netizen berasa terkejut dengan kenyataan doktor pakar tersebur bila dia memberitahu gaji tetap akan berjalan seperti biasa biarpun mengambil cuti panjang.

Advertisement

Hal terbabit dimaklumkan dalam Instagram Story Dr Amalina dan ia dikongsikan semula oleh pengguna di Twitter hingga membuatkan ciapan tersebut menjadi viral.

Dr Amalina memberitahu gajinya akan dibayar penuh oleh majikan pada 5 bulan pertama dan 5 bulan seterusnya, lebihan gaji akan dibayar oleh pihak kerajaan pula.

Tambahannya lagi, keistimewaan tersebut bergantung kepada majikan atau pihak organisasi kerana setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza-beza serta tersendiri.

komen netizen

komen netizen

Susulan itu, netizen berkongsikan pengalaman mereka untuk mendapatkan cuti bersalin di Malaysia dan kebanyakkan berkata cuti bersalin disini paling lama adalah 6 bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

iqram dinzly
3 bulan lalu

“Rasa Solat Cukup Boleh Hukum Orang, Saya Cukup Pantang!” -Iqram Dinzly

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 14, 2022 at 7:21 am

    balik berkhidmat kat malaysia la pulak.. rugi kerajaan taja org bijak ni.. last2 berkerja kat tmpat org.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...