Baru-baru ini, doktor pakar yang dikenali ramai iaitu Dr Amalina Che Bakri memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia akan mengambil cuti bersalin anak sulung selama 10 bulan dan pendedahan itu telah menarik perhatian ramai.
Lagi membuatkan netizen berasa terkejut dengan kenyataan doktor pakar tersebur bila dia memberitahu gaji tetap akan berjalan seperti biasa biarpun mengambil cuti panjang.
Hal terbabit dimaklumkan dalam Instagram Story Dr Amalina dan ia dikongsikan semula oleh pengguna di Twitter hingga membuatkan ciapan tersebut menjadi viral.
Wehhhhh kalau macam ni punya benefits aku pun takkan balik kerja kat malaysia, up to 1year maternity leave?!!!!! malaysia 3month ja weh ??? pic.twitter.com/0gmWmElEWw
— ty (@tycatttttt) September 11, 2022
Dr Amalina memberitahu gajinya akan dibayar penuh oleh majikan pada 5 bulan pertama dan 5 bulan seterusnya, lebihan gaji akan dibayar oleh pihak kerajaan pula.
Tambahannya lagi, keistimewaan tersebut bergantung kepada majikan atau pihak organisasi kerana setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza-beza serta tersendiri.
Susulan itu, netizen berkongsikan pengalaman mereka untuk mendapatkan cuti bersalin di Malaysia dan kebanyakkan berkata cuti bersalin disini paling lama adalah 6 bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.