Pelakon baharu, Nina Smith menjelaskan keputusan menarik diri daripada drama Bunga Hati terbitan Zeel Production kerana keadaan kesihatan bapanya yang merosot akibat serangan strok.
Nina atau nama sebenarnya Amalina Smith berkata, keputusannya dibuat untuk bertemu bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Nina, 22, dia terpaksa membuat keputusan begitu selepas menerima panggilan daripada rakan bapa yang memaklumkan mengenai kesihatan bapanya.
Saya banyak berfikir sampai tak boleh tidur. Saya tak nak menyusahkan seluruh warga produksi kalau tak dapat nak melunaskan baki penggambaran.
Jelas Nina, dia mengambil keputusan untuk menjenguk bapa yang kini berada di AS dan tidak tahu bila akan pulang ke Malaysia.
Saya bukan sengaja tarik diri. Ada sebab saya terpaksa membuat keputusan sebegitu. Keadaan saya tersepit.
Dalam pada itu, Nina cuba berlapang dada dan mengetahui bahawa keputusan yang dibuatnya itu kelak mungkin akan mengganggu kerjaya seni yang baru sahaja bermula namun reda dengan apa yang akan berlaku.
Sebenarnya saya dah dapat agak benda ini akan terjadi dan sudah bersiap sedia pun dengan risiko yang saya ambil ini.
Info tambahan, Nina memulakan langkah dalam industri seni selepas menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kemudian menimba ilmu menerusi bengkel yang dikendalikan oleh Ogy.
Baca: “Rakyat Malaysia Tak Menangis Pun Kalau Dia Tiada Dalam Industri” – Ogy Ahmad Daud