“Rakyat Malaysia Tak Menangis Pun Kalau Dia Tiada Dalam Industri” – Ogy Ahmad Daud

Hiburan

“Rakyat Malaysia Tak Menangis Pun Kalau Dia Tiada Dalam Industri” – Ogy Ahmad Daud

Pelakon, penerbit dan pengarah Fauziah Ahmad Daud berang dengan tindakan seorang pelakon baharu, Nina Smith.

Ia berikutan pelakon terbabit menarik diri dari penggambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production arahan Jamal Khan yang sedang menjalani penggambaran di Perlis.

Advertisement

Difahamkan Nina sempat menyiapkan penggambaran sebanyak enam babak sebelum bertindak menarik diri untuk pulang ke Amerika Syarikat (AS) atas alasan menjaga bapanya yang sakit tenat.

Dia tinggalkan set kerana balik AS. Jadi, saya geram juga kerana dia menyusahkan orang. Kenapa perlu bersikap begini, menyusahkan orang dan penggambaran kena dibuat semula.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, Nina pada awalnya menyertai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kemudian dihantar ke bengkel lakonan kendaliannya.

Saya tak gemar sikap seperti pelakon ini. Inikah yang banyak pihak agungkan dengan pelakon baharu? Budak budak yang tak tahu, tak bijak pandai memahami tanggungjawab pelakon.

Advertisement

Ogy turut meminta penerbit menyaman pelakon terbabit kerana sudah melanggar kontrak. Dia tidak mahu berkompromi dalam isu ini dan mengakui berani bersuara kerana dia sudah membuktikan siapa dirinya dalam industri.

Baca: “Setiap Manusia Ada Maruah Dan Nilai Diri..” – Ogy Bahas Soal Bayaran Pelakon Senior

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. KaNeNaBu

    December 19, 2021 at 7:05 am

    Sebagai producer atau pengarah..sepatutnya memang sudah bersedia dgn apa2 masaalah atau rintangan yg bakal dihadapi apabila membuat perancangan sesebuah filem atau drama…sudah ada Plan A, Plan B atau Plan2 selanjutnya..tak perlu nak kecoh2 salahkan sini sana..itu baru dikatakan PROFESSIONAL.

  2. Hamba Allah

    December 17, 2021 at 8:30 pm

    Eh kwn2 smua, tp klu betul bapak nina tu tenat, x spatutnya dia teruskan sampai babak ke enam, nk uruskan flight lg..klu saya la..saya akn trus mntak excuse, nyawa kita x blh tgu smpai ke babak brapa pun..or someone wait for her! Allah sj yg mengetahui. Lebih baik jgn truskan smua babak, terus je bergegas balik ke as..jd x slh la kak ogy tegur dan cuba kwn2 baca balik..x da pun kata2 maki…kan! Kak ogy bercakap mnggunakan kata2 fakta mgenai masalah situasi keadaan masa tu… Kecuali nina tu dpt panggilan kecemasan smasa dia dlm shooting tu, tp x djelaskan pun..haaa…mau kak ogy x angin… Lebih baik kita teliti dulu, mgkin ada yg kita tlepas pandang tu.. wallahualam..

    • Cow brain

      December 17, 2021 at 8:56 pm

      Saya dah terbaca pengakuan dari nina sendiri yg dia mendapat panggilan tentang ayahnya yg sakit tenat tu hujung minggu lepas, knapa x bergegas balik masa tu.. alasan pkp ke? Come on guys.. jgn kerana kecantikkannya kita tertutup mata hati kita.. ?

  3. NinaAzman

    December 17, 2021 at 1:04 pm

    Ko pun sama..hina orang..hati ko hitam jugak la sebab mulut ko jahat sesedap mengata lahanat bagai..mak bapak tak ajor ke.. hormat org tua.. nak maki2 orang macam ko yang suap dia makan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...