Bapa Kesal Anak ‘Autisme’ Dicederakan Pengasuh Pusat Jagaan

Trending

Bapa Kesal Anak ‘Autisme’ Dicederakan Pengasuh Pusat Jagaan

Anda tahu apa itu autisme? Pernah tak anda terlihat  anak atau kanak-kanak berkelakuan pelik seperti meronta-ronta, menangis atau menjadi ganas secara tiba-tiba? Apa yang mungkin tergambar di dalam minda anda apabila melihat situasi sebegitu? Sebagai insan biasa, kita boleh nyatakan pelbagai gambaran mengenai situasi tersebut.

Namun, itu sebenarnya adalah simptom-simptom bagi individu yang menghidap penyakit autisme. Individu yang berada dalam spektrum autisme biasanya akan mempunyai tingkah-laku dan cara berinteraksi yang tidak sama dengan orang lain.

Advertisement

5 years ago

Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Sebak Kongsikan Surat Yang Dikirimkan Oleh Remaja Autisme

Ada yang akan menyifatkan mereka yang autisme ini seperti berada dalam dunia sendiri, selain menganggap tingkah-laku mereka sebagai pelik dan sukar bekerjasama dengan orang sekeliling. Mereka juga tanpa sedar dilihat kurang biasa dengan cara bersosial dan berinteraksi.

Selain itu, individu yang menghidap penyakit autisme ini ada yang akan mempunyai masalah lambat belajar dan ada juga yang mempunyai kemahiran belajar yang tinggi. Autisme bukan penyakit yang memerlukan ubat atau pembedahan, tetapi ibu bapa dan orang sekeliling harus menyokong kanak-kanak autistik ini untuk berhadapan dengan masyarakat umum.

Seorang ayah terkilan dan marah dengan apa yang terjadi terhadap anaknya yang menghidap penyakit autisme

Baru-baru ini tular di laman Facebook, sebuah perkongsian daripada seorang pengguna bernama Tengku Aminuddin Shafiq yang berkongsi tentang satu kejadian menimpa anaknya yang menghidap penyakit austisme ketika di pusat jagaan.

Dalam perkongsian tersebut, individu itu menyatakan yang anaknya merupakan pelajar di Maikidzcare Center, Bandar Baru Ampang, Selangor. Intervention Centre tersebut adalah khusus untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autistik.

Namun, telah berlaku satu kejadian pada 1 Oktober lepas di mana individu tersebut benar-benar tidak dapat diterima dan membuatkan dia telah kehilangan kepercayaan untuk menempatkan anaknya di pusat jagaan tersebut.

Menurut individu tersebut, anaknya bernama Tengku Noah sememangnya seorang kanak-kanak autistik. Dia bersama isterinya bertindak menghantar anak mereka ke pusat jagaan tersebut kerana mereka diyakinkan dengan modus operandi yang dinyatakan oleh pusat jagaan tersebut.

Mereka menyatakan mengenai kemampuan, kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut pengusaha pusat jagaan tersebut, mereka lebih mahir, berkebolehan dan berpengetahuan dengan kemahiran dan teknik khusus dalam menguruskan anak-anak istimewa ini.

Disebabkan itu, mereka menghantar Noah ke pusat jagaan tersebut dengan harapan anak mereka akan selamat serta dijaga dengan baik.

Terdapat kesan lebam pada muka dan badan anak

Menurut ayah kanak-kanak tersebut di dalam perkongsian itu lagi, dia dan isterinya melihat tanda-tanda ini di belakang badan anaknya selepas menjemputnya pulang dari pusat jagaan. Mereka pasti yang ianya bukan disebabkan oleh tindakan anaknya sendiri dan merasakan seperti anaknya dipaksa oleh seseorang.

Dalam sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dikongsi oleh individu tersebut, anaknya dilihat sedang disuap makanan oleh seorang wanita yang merupakan pemilik serta CEO pusat jagaan itu sendiri. Anaknya kemudian meluahkan semua makanan yang ada di dalam mulut kerana tidak mahu makan lalu berlari daripada meja.

Disebabkan itu, wanita itu kemudian bertindak mengejar kanak-kanak tersebut lalu mengheretnya kembali ke kerusi dan memaksanya duduk. Kanak-kanak tersebut bertindak melarikan diri kerana dia adalah seorang picky eater. Lebih menyedihkan, wanita itu juga dilihat menolak kerusi tersebut rapat ke arah meja selepas kanak-kanak itu duduk.

Kanak-Kanak Autisme Dicederakan Pemilik Pusat Jagaan

Kesan lebam yang terdapat pada belakang badan kanak-kanak tersebut – via Facebook

Tindakan wanita itu dianggap tidak munasabah serta tidak masuk akal oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut

Tambah individu tersebut dalam perkongsiannya, dia sebagai bapa yang membayar bayaran bulanan tanpa gagal berasa amat kesal dengan tindakan mereka dan tertanya tanya adakah servis yang sebegini rupa yang ditawarkan kepada mereka dengan bayaran yang agak tinggi.

“Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar warkan oleh pihak pusat jagaan dalam mengendalikan anak-kanak autisme? Dengan menggunakan kekerasan?”

Menurutnya lagi, kes tersebut telah dilanjutkan ke pihak Polis dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak mereka. Pemeriksaan kesihatan bagi fizikal dan dalaman juga telah dilakukan oleh pihak hospital.

Kanak-Kanak Autisme Dicederakan Pemilik Pusat Jagaan

Laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut – via Facebook

Lebih kesal apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberitahu yang pusat jagaan tersebut tidak mendapat kelulusan dan lesen dari JKM. Mereka beroperasi secara tidak sah serta pelatih dan guru di situ tidak mempunyai lesen dan kelayakan dalam mengajar anak-anak austime.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...