Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Sebak Kongsikan Surat Yang Dikirimkan Oleh Remaja Autisme

Trending

Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Sebak Kongsikan Surat Yang Dikirimkan Oleh Remaja Autisme

Sebentar tadi kecoh di Twitter milik Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dato’ Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat satu posting berkenaan sepucuk surat yang diterima daripada seorang remaja autisme.

“Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi.”

Advertisement

Menurut posting itu, beliau memberitahu bahawa surat itu di tulis oleh Wan Aiman yang telah mengikuti beliau sejak beberapa tahun lalu. Remaja autisme ini juga sangat pintar dan amat meminati beliau.

Harapan aiman, semoga semua anak istimewa diberi peluang mengenal Allah.

“Ini hadiah pantun dari Aiman”

“Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang, Doa Aiman setiap hari, Moga Allah rahmati Datuk Seri insan terbilang.”

Di dalam surat tersebut juga telah disertakan pantun comel dan khas dicipta untuk Senator Dato Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Patun tersebut kemudiannya dibalas oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Twitter.

Masing-masing netizen tersentuh dan terharu dengan ayat yang ditulis di dalam surat tersebut:

Sebentar tadi Senator Dato Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati jemaah tabligh untuk pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...