Terbaru, pelakon popular Indonesia iaitu Nia Ramadhani menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik hantaran gambar dan video berparti sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan.
Sakan parti, berpakaian seksi
Dapat dilihat dalam hantaran berkenaan, Nia memakai baju seksi mendedahkan bahagian perutnya dan video memaparkan dirinya sakan berparti bersama kenalan rapat.
Malah, dilihat pelakon itu serta seorang rakan perempuan seronok berkaraoke sambil menghiburkan beberapa orang lelaki di hadapan mereka.
View this post on Instagram
Netizen luah rasa kurang senang
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang melihat perbuatan Nia, lagi-lagi dia merupakan umat Islam.
Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar aktres terbabit satu hari nanti akan berubah dan tak lalai dengan hal-hal duniawi hingga terlambat untuk bertaubat.
Sekadar info, nama Nia Ramadhani sebelum ini pernah juga terpalit dengan beberapa kontroversi ‘panas’ seperti penyalahgunaan dadah serta sering berpakaian menjolok mata.