“Banyak Sangat Drama!” – ‘Upload’ Ubatkan Pekerja Dirasuk, Netizen Muak Dengan ‘Cheap Marketing’ Aliff Syukri

Hiburan

“Banyak Sangat Drama!” – ‘Upload’ Ubatkan Pekerja Dirasuk, Netizen Muak Dengan ‘Cheap Marketing’ Aliff Syukri

Kalau sebut saja nama usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, sudah pasti ramai yang sudah menjangka cerita berkenaan dirinya pasti merupakan satu kontroversi ataupun ‘marketing’ beliau yang menarik perhatian ramai.

Seperti baru-baru ini, Aliff ada memuat naik satu video di Instagramnya memaparkan seorang pekerja beliau yang didakwa telah dirasuki oleh makhluk halus.

Advertisement

Dalam video berkenaan, pekerja yang dirasuki itu cuba untuk memukul Aliff semasa beliau cuba untuk mendekatinya.

Dapat dilihat dalam video berkenaan juga, Aliff serta pekerja lain cuba menenangkan pekerja yang dirasuki itu dengan menggunakan produk beliau terbaharu yang kononnya ‘garam’ itu mampu untuk berubatkan orang yang dirasuki.

komen instagram

Biarpun menegaskan apa yang berlaku di dalam video itu bukanlah lakonan, reaksi netizen yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan sememangnya tidak mempercayai serta berasa ‘was-was’ dengan apa yang ditontonkan itu.

Malah, kebanyakkan netizen merasakan apa yang dilakukan oleh usahawan itu merupakan cheap marketing dan ‘muak’ kerana Aliff sering ‘berlakon’ apabila melakukan sesuatu.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

aliff syukri trauma disiasat SKMM
2 years ago

"Jujur Saya Trauma.." - 5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Serik Cetus Kontroversi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...