Satu perkongsian di media sosial pada minggu lalu telah mencuri perhatian netizen apabila topik yang diutarakan telah menjadi bahan perdebatan dalam kalangan warga maya.
Dalam hantaran yang dimuat naik seorang wanita di media sosial Twitter itu, dia memberitahu bahawa telah menerima mesej daripada lelaki Kelantan yang cuba ingin berkenalan dengannya namun tidak kisah jika ditolak kerana asal usul mereka dari negeri yang terkenal dengan jolokan serambi mekah itu.
Banyak jugak lelaki yang asal kelantan bgtau "kalau awak tak response takpe saya faham"/"saya selalu dapat response taknak lelaki kelantan, so kalau awak reject no hard feelings"/"tapi saya asal kelantan"
Weh what have the society done…
— NRTQH ? (@ieqaakarim) September 17, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa hairan tentang sikap kebanyakan wanita yang menolak untuk dijodohkan dengan lelaki Kelantan.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman berkenalan dengan anak kelahiran negeri itu yang rata-ratanya memberikan pengalaman yang tidak menyenangkan secara keseluruhan.
Kata netizen lagi, bukan sahaja kaum lelaki malah kaum wanita juga mengamalkan sikap pilih kasih kerana sering meminggirkan wanita yang lain kerana perbezaan dialek dan status negeri.
Namun begitu, ada juga yang merasakan ia adalah masalah peribadi itu sendiri dan bukannya isu lahir di negeri Kelantan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah