Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi ada berkongsi satu hantaran di platform TikTok berkongsikan tentang karakter anak keduanya iaitu Marissa Dania.
Sifat Marissa Dania
Kata Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, Marissa merupakan seorang yang pemalu, sangat berahsia dan berani.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi kumpulan Elite itu turut berseloroh mengatakan anak perempuannya itu tidak suka memasak.
Banyak memendam, banyak buat hal sendiri, berdikari, berani.. sayang budak-budak.
Suka beli hadiah
Bahkan, Marissa juga merupakan seseorang yang pemurah kerana sering membelinya hadiah yang mahal.
Sekadar info, nama Marissa Dania mula menjadi perhatian selepas dirinya mengesah sudah berkahwin dengan suami orang iaitu Aslam.