“Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Abby Abadi

Hiburan

“Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Abby Abadi

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menyelar tindakan sesetengah pihak yang melabelnya sebagai tidak sedar diri gara-gara tindakannya bercakap mengenai isu kontroversi yang dihadapi anaknya, Marissa Dania Hakim.

Abby selar sikap sesetengah individu

Ujar Abby, ada pihak yang mengatakan dia sebagai ‘sampah’ apabila tampil dalam satu sesi temu bual tempoh hari.

Advertisement

Berita sampah lah, tak sedar diri lah, tapi follow juga. Kesian orang macam ni. Tak payah sibuk hal orang, duduk je diam-diam okay.

Tak suka dengar saya jawab bila press interview saya, tapi follow buat apa?

Tak suka boleh ‘unfollow’ – Abby Abadi

Abby berkongsikan perkara itu menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Abby abadi

Saya tak kata pun anak saya tak salah. Dah itu pilihan dia, jadi biarlah dia lalui sendiri. Tak lalu tak tahu kan?

Tak mahu mendoakan yang baik-baik, baik diam je dari tambah dosa okay.

Pelakon itu kemudiannya menitipkan pesanan kepada individu yang enggan mendoakan yang terbaik untuk dia dan anaknya supaya menutup mulut daripada menambah dosa.

Sebelum ini, Abby berkata dia sudah menerima kenyataan bahawa anaknya itu telah memilih jalan hidup bermadu dan mendoakan yang terbaik buat Marissa dan Aslam.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi
1 day ago

Abby Abadi Percaya Anak Perempuan Bermadu Sebab Nak Elak Maksiat - "Marissa & Aslam Belajar Agama Dari Kecil"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...