Penyanyi serta pengacara popular Nana Mahazan tidak mahu ada mana-mana pihak yang membandingkan cara dan gaya pemakaiannya dengan selebriti-selebriti hijabis yang lain.
Ia kerana ramai yang memuji gayanya sekarang ini, walaupun sudah berhijab tetapi kekal berfesyen serta cara pemakaiannya masih lagi sopan menutup aurat jika hendak dibandingkan dengan segelintir selebriti berhijab yang lain.
Saya pun rasa tidak layak kalau cara saya berpakaian dipuji dan sebagainya sebab banyak lagi kelemahan.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata kepada pihak Harian Metro bahawa dirinya masih dalam proses untuk memperkasakan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.
Tambahnya lagi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menasihati orang ramai agar tidak menghakimi orang lain kerana perjalanan setiap orang di dalam dunia ini berbeza-beza.
Sekadar info, Nana yang juga merupakan bekas peserta program realiti, Akademi Fantasi musim pertama mula mengubah imejnya ketika Awal Muharram pada Ogos lalu.