“Banyak Kena Tuduh..” – Suami Didakwa Punca Tidak Aktif Bernyanyi, Waheeda & Akhil Hayy Bersuara

Hiburan

“Banyak Kena Tuduh..”  – Suami Didakwa Punca Tidak Aktif Bernyanyi, Waheeda & Akhil Hayy Bersuara

Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi yang cukup popular dengan lagu Wassini iaitu Waheeda, di mana pada masa suatu ketika dahulu pernah tular di industri seni.

Setelah sekian lama tidak kelihatan, Waheeda baru-baru ini ditemubual oleh pihak Melodi TV3 meluahkan rasa syukur kerana video nyanyian Wasini di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2003 menjadi perhatian netizen semula.

Advertisement

Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab mengakui rasa terharu dengan sokongan orang ramai biarpun sudah lebih 10 tahun menyepi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu turut menyangkal dakwaan netizen bahawa suaminya, Ustaz Akhil Hayy punca dirinya sudah tidak aktif lagi bernyanyi.

Kesian suami saya, banyak kena tuduh macam-macam. Pada mulanya berundur sekejap. Berhenti itu sebab nak kenal Al-Quran semula, lebih pada mencari ilmu.

Katanya, suami tidak pernah menghalang Waheeda untuk terus dalam industri nyanyian kerana tahu itu adalah ‘jiwa’ isteri tercinta.

Sementara itu, Akhil Hayy pun tidak berdiam diri dan berkata tiada isu menghalang isteri untuk berkarya.

Waheeda, Bienda
2 years ago

"Dulu Membesar Zaman Dia" - Hampir 15 Tahun 'Sepi', Netizen Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...