“Dulu Membesar Zaman Dia” – Hampir 15 Tahun ‘Sepi’, Netizen Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda

Hiburan

“Dulu Membesar Zaman Dia” – Hampir 15 Tahun ‘Sepi’, Netizen Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda

Sebut saja ‘ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini’ sudah pasti ramai yang familiar dengan lirik terbabit yang dinyanyikan oleh penyanyi Norwahidah Abdul Wahab pada sekitar tahun 2000-an.

Untuk makluman, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 bersama penyanyi serta pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy, Norwahidah atau dikenali sebagai Waheeda memutuskan untuk berhenti dari industri hiburan.

Advertisement

Sekitar 5 tahun lalu, penampilannya di Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2 mendapat perhatian ramai dan pada mulanya ramai yang tidak perasan tetapi mereka berpendapat suara Waheedah sememangnya tidak berubah.

Baru-baru ini, terlihat rakan selebriti iaitu Bienda berkongsikan videonya bersama Waheeda di platform TikTok dan perkara itu telah membuat ramai netizen yang teruja serta gembira.

Difahamkan, kedua-dua wanita jelita itu akan bekerjasama untuk satu projek baru yang belum diumumkan lagi kepada umum.

komen netizen

komen netizen

Sehingga kini, hantaran video berkenaan meraih hampir 15,000 tanda suka dan melebihi 200,000 tontonan daripada pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikanartikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Artis Paling Humble" - Jep Sepahtu Pakai Jam Rolex Harga Cecah RM89,000, Netizen Puji Tak 'Show Off'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...