Harap Dapat Banteras Kes Kahwin Awal, Remaja Digalak Sertai Program KBS – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Berita

Harap Dapat Banteras Kes Kahwin Awal, Remaja Digalak Sertai Program KBS – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru golongan remaja untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengelakkan mereka daripada mendirikan rumah tangga di usia muda.

Faizal berkata, antara aktiviti yang dianjurkan KBS adalah seperti program anugerah remaja perdana rakan muda, program riben kuning dan program berbentuk kesukarelawanan.

Advertisement

Beliau membentangkan isu tersebut ketika sesi persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Jelasnya lagi, penglibatan remaja dalam aktiviti sihat seperti itu dapat membentuk pemantapan jati diri, membina karakter serta membangunkan potensi diri.

Sehubungan itu, maklum Faizal lagi, pihak KBS yakin ia akan dapat mengurangkan kecenderungan remaja untuk berkahwin awal dan sekaligus membanteras perkahwinan bawah umur.

Teresa Kok
2 years ago

Pertikai Cuti Khas Sempena Kemenangan KL City FC, Teresa Kok Kata Bukan Semua Minat Bola Sepak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...