Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru golongan remaja untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengelakkan mereka daripada mendirikan rumah tangga di usia muda.
Faizal berkata, antara aktiviti yang dianjurkan KBS adalah seperti program anugerah remaja perdana rakan muda, program riben kuning dan program berbentuk kesukarelawanan.
Beliau membentangkan isu tersebut ketika sesi persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Jelasnya lagi, penglibatan remaja dalam aktiviti sihat seperti itu dapat membentuk pemantapan jati diri, membina karakter serta membangunkan potensi diri.
Sehubungan itu, maklum Faizal lagi, pihak KBS yakin ia akan dapat mengurangkan kecenderungan remaja untuk berkahwin awal dan sekaligus membanteras perkahwinan bawah umur.