Bangga Dapat ‘Dine In’ Walau Tak Vaksin, Individu Ini Dikecam

Trending

Bangga Dapat ‘Dine In’ Walau Tak Vaksin, Individu Ini Dikecam

Baru-baru ini, kerajaan telah memberi kemudahan tambahan sektor ekonomi dan sosial bagi individu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Antara kemudahan tersebut adalah aktiviti ‘dine in’ di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya.

3 years ago

Individu Meroyan Kerana Permintaan Sijil Vaksin Ditolak

Advertisement

Individu hanya diiktiraf sebagai penerima lengkap vaksinasi apabila telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu suntikan sahaja, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

sijil vaksin

Foto: Gambar hiasan/ Bernama

Walau bagaimanapun, arahan ini nampaknya dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Malah, ada yang mengambil kesempatan masuk ke premis perniagaan tanpa menunjukkan sijil vaksinasi yang sah.

dine in

Di media sosial, viral perkongsian seorang wanita mengaku membuat ‘social experiment’ selepas kerajaan memberi kemudahan tambahan kepada penerima vaksin lengkap.

Dia mendakwa berjaya masuk ke beberapa buah kedai kerana tiada sebarang pemeriksaan dilakukan.

Suaminya dipercayai turut membuat ‘experiment’ yang sama walau bagaimanapun dihalau keluar kedai selepas mendapati tidak mematuhi syarat dua dos tersebut.

Namun, suami akhirnya berjaya mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di kedai ketiga. Katanya, kedai itu langsung tidak bertanya mengenai sijil vaksinasi.

Dia dan keluarga seterusnya membuat ‘experiment’ ke sebuah kedai makan dan mendakwa berjaya ‘dine in’.

“So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah dah complete tiga dos gitu.”

Dia dengan bangganya berkata walaupun tidak disuntik vaksin, mereka sekeluarga berjaya makan di restoran seperti penerima vaksin yang lain.

sijil vaksin

Perkongsian itu ternyata telah mengundang rasa marah orang ramai. Mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada individu yang sewenangnya melanggar peraturan.

Malah, premis perniagaan juga dicadangkan agar membuat pemeriksaan yang ketat dan melarang individu tidak cukup dua dos vaksin masuk ke kedai masing-masing.

Menurut mereka, sikap pentingkan diri ini boleh membawa kesan buruk kepada keluarga lebih-lebih lagi apabila individu berkenaan membawa bersama anak kecil.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...