Individu Meroyan Kerana Permintaan Sijil Vaksin Ditolak

COVID-19

Individu Meroyan Kerana Permintaan Sijil Vaksin Ditolak

Baru-baru ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin tentang kelonggaran yang diberikan kepada individu yang telah melengkapkan dos suntikan vaksin.

Kebenaran merentas daerah atau negeri untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan pasangan masing-masing merupakan salah satu daripada kelonggaran yang diberikan.

Advertisement

Bagi individu yang berada di negeri Fasa 2, mereka dibenarkan untuk merentas daerah dengan cara menunjukkan sijil digital suntikan mereka semasa berdepan dengan sekatan jalan raya. Tetapi, pastikan sudah lengkap dos suntikan vaksin ya.

5 bulan lalu

Syarikat Cetak Sijil Digital Vaksin Dikesan Polis

Berita kelonggaran yang diumumkan itu sedikit sebanyak telah menyukarkan golongan yang menolak tindakan suntikan vaksin atau anti-vaksin ini untuk merasai kelonggaran yang diberikan tersebut.

Petugas PPV dipujuk oleh seorang individu untuk memberikan sijil vaksin palsu

Terdapat satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Nor Azlin Alink yang menceritakan tentang cubaan seorang individu memujuk dirinya untuk mendapatkan sijil suntikan vaksin.

Advertisement

Wanita tersebut yang merupakan seorang petugas PPV mengakui terkejut apabila terdapat individu yang meminta pertolongannya untuk mengubah status suntikan vaksinnya di aplikasi MySejahtera.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah menghadapi permintaan yang pelik serta salah dari segi undang-undang sebegini selama dia menjadi petugas PPV dan ia merupakan pengalaman pertamanya.

Tangkap layar perbualan individu meminta petugas PPV sijil suntikan vaksin palsu

Tangkap layar perbualan petugas PPV dengan indvidu tersebut – via Facebook

Dia tanpa berfikir panjang terus menolak permintaan tersebut walaupun individu itu telah menawarkan jumlah wang yang lumayan sekiranya dia bersetuju untuk membantunya.

Kecewa kerana permintaannya ditolak, individu tersebut bertindak melontarkan kata-kata kesat

Petugas PPV tersebut turut meluahkan kesedihannya apabila dia dibalas dengan cacian dan perkataan kesat selepas menolak permintaan daripada individu tersebut.

Walaupun petugas itu menolak dengan cara baik, namun individu tersebut yang dilihat kecewa bertindak menulis perkataan yang tak sepatutnya kepada petugas itu.

Tangkap layar perbualan individu meminta petugas PPV sijil suntikan vaksin palsu

Tangkap layar perbualan petugas PPV dengan indvidu tersebut – via Facebook

Petugas itu turut menasihati individu tersebut supaya tidak bersikap sedemikian dan perlu lebih beradab dengan semua petugas dan sukarelawan yang bertugas di PPV.

Walaubagaimanapun, perkara yang dilakukan petugas itu layak menerima pujian dan dijadikan contoh kerana telah menjalankan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...