Baru-baru ini, penerbit dan pengarah popular, Erma Fatima menggesa agar kontroversi berhubung pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz bersama kekasih gelapnya, Sarah Yasmine itu segera diselesaikan.
Cepat balik negara sendiri
Menurut Erma, tindakan yang dilakukan oleh Sarah di media sosial itu adalah sesuatu perkara yang negatif dan sepatutnya tidak disokong atau diraikan oleh netizen kerana ia merosakkan imej industri seni negara kita.
Dia seorang perempuan yang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warganegara, masuk ke dalam negara ini kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tapi semua meraikan.
Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku.
View this post on Instagram
Gesa artis terlibat buat laporan
Bukan itu sahaja, pengarah ini turut menasihati artis-artis yang terlibat seperti Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen untuk segera membuat laporan polis terhadap kekasih gelap Aliff itu.
Ruhainies, Sophia dan Meerqeen tolong buat laporan polis untuk hentikan dia.
Anda semua ada hak untuk melakukannya dan hentikan dia, tidak kisahlah anda semua ada isu skandal atau sebagainya.
View this post on Instagram
Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan pendedahan oleh Sarah melalui Instagram miliknya. Dia memuat naik segala bukti yang ada bagi mendedahkan konspirasi Ruhainies dan Aliff untuk menjatuhkan Bella.
Namun begitu, nama-nama artis lain turut terherert dalam isu ini apabil Sarah memetik nama mereka dalam kenyataannya. Antaranya adalah Sophia, Emma Maembong, Caprice dan Meerqeen.