Diskriminasi pekerjaan boleh berlaku apabila seseorang pekerja itu diperlakukan dengan tidak baik oleh kerana perbezaan bangsa, warna kulit, asal kebangsaan, jantina, kecacatan, agama, atau usia.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Lee Sean yang meluahkan rasa kecewa apabila dia didiskriminasi selepas berpindah ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja.
Menerusi hantaran tersebut, lelaki yang berasal dari Sabah itu telah berkongsi tangkap layar perbualan bersama individu yang tidak diketahui menerusi direct message (DM) di aplikasi Instagram.
Dah lah Sabahan, tak ada otak, cakap pun tak betul.
Difahamkan, dia telah bekerja di sebuah kedai makan di Ipoh, Perak namun tidak menyangka menerima satu mesej dari seorang pelanggan yang mengkritik cara percakapan bahasa melayu serta asal usulnya.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan pelanggan itu dan memberi semangat kepada lelaki tersebut.
Sorry bro you have to face such discrimination here. Stay strong bro – netizen.
“Jahat nya mulut alahai orang datang cari rezeki je bukan cari pasal lepastu gigih buat fake acc untuk maki hmm tak faham manusia bodoh jenis macam ni,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.