Baki Tinggal RM3, Zarina Zainuddin ‘Terkedu’ Anak Belanja RM10K Beli Permainan Video

Hiburan

Baki Tinggal RM3, Zarina Zainuddin ‘Terkedu’ Anak Belanja RM10K Beli Permainan Video

Pelakon, Zarina Zainuddin terkejut apabila mengetahui anak bongsunya, Adam berumur 15 tahun berbelanja lebih RM10,000 demi membeli tiga permainan video buat dirinya dengan menggunakan wang simpanan.

zarina zainuddin
3 years ago

'Anak Saya Tak Ada Nafsu Begitu' - Ditegur Jaga Batas, Zarina Zainuddin Bersuara

Advertisement

Menurut Zarina, dia terkedu apabila mendapati wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan buat pendidikan anaknya itu hanya tinggal RM3 sahaja.

Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian.

Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Sebelum ini, Zarina ada berkongsi sebuah hantaran video dimana Adam mengaku atas kesalahan yang dilakukan olehnya namun, pelakon tersebut memadam video tersebut kerana dikecam oleh netizen yang menuduh Zarina menjatuhkan air muka anaknya itu.

zarina zainuddinSumber : Instagram Zarina Zainuddin  

 

Walau bagaimanapun, Zarina berkata dia tiada niat untuk megaibkan anak bongsunya, dia cuma mahu ibu bapa diluar sana untuk jadikan ia sebagai iktibar sahaja.

Tambahnya lagi, dia amat tegas ketika mendidik anak-anaknya dan mereka sendiri perlu menanggung kesannya jika melakukan apa-apa kesalahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...