Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Anak Saya Tak Ada Nafsu Begitu’ – Ditegur Jaga Batas, Zarina Zainuddin Bersuara

zarina zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi video hantaran di Instagram mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil ditegur oleh seorang pengikutnya.

Individu tersebut menegur Zarina kerana memeluk dan mencium anaknya di dalam hantaran itu dan juga mengingatkan pelakon tersebut untuk menjaga batas pergaulan di antara ibu dan anak lelaki bujang.

Advertisement
zarina zainuddinSumber : Instagram Zarina Zainuddin  

Individu tersebut berkata,

Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga!

Kerana kesal dengan kata-kata individu tersebut, Zarina turut membalas komen itu dengan berkata,

Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu… dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Rata-rata pengikut pelakon tersebut menyokong dan menyukai perkara yang dilakukan oleh Zarina dengan membelai anaknya penuh kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelaki nya itu mempunyai kekurangan diri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nani

    May 27, 2021 at 1:38 pm

    Kesiannya.. Mungkin perlu kak zarina adakan info2 mcm ni byk2 sbb masyarakat Malaysia sesetengahnya masih dlm “3rd World Mentality”. Tolong explain cara menjaganya, keadaan ketika mengamuk, cara untuk menanganinya dan bagaimana cara pemikirannya. Nani tengok anak ini perlu pengasuh/penjaga untuk memerhatinya setiap masa. Ada autism tapi masih boleh bekerja dan berdikari. Depend pada stage mana. Bertabah la sape2 ada anak istimewa mcm ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top