Baru-baru ini, kemesraan pelakon, Puteri Sarah bersama pelakon asal Indonesia, Andi Arsyil Rahman membuat live di TikTok telah mencuri perhatian ramai.
Malah, aksi spontan Sarah menunjuk ke arah Andi sewaktu ditanya ‘dimanakah suaminya’ mengundang tanda tanya peminat jika mereka berdua kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Biarpun sebelum ini aktres terbabit menafikan spekulasi bercinta dengan Andi, tetapi netizen tetap mendoakan agar mereka berjodoh.
Kata Sarah, dia dan pelakon Indonesia itu sekadar berkawan rapat saja kerana mereka kini rakan kongsi perniagaan yang kini sedang dijalankan di negara Indonesia.
Meninjau reaksi orang ramai, rata-rata netizen gembira melihat kedua-dua pelakon itu bersama dan mendoakan semoga bertemu jodoh.
Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas Puteri Sarah memuat naik foto tangan lelaki di Instagram Storynya.