Bakal Nikah Hujung Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Pendidik Sebagai Teman Hidup

Hiburan

Bakal Nikah Hujung Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Pendidik Sebagai Teman Hidup

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin memaklumkan bahawa dia akan mengakhiri zaman solo selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Annuar Musa
3 years ago

"Fitnah Saya Seorang Sudahlah, Dia Ada Keluarga.." Annuar Musa Tenang Jawab Gosip Berkahwin Dengan Nora Ariffin

Advertisement

Ujar Nora, setelah lima tahun kehilangan suami tercinta, jejaka istimewa tersebut ternyata telah berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar isteri.

Maklum penyanyi ini lagi, bakal suaminya itu merupakan seorang pendidik dan bukanlah ahli politik seperti mana yang pernah tular sebelum ini.

Masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki tersebut mahupun tarikh hari bahagianya, Nora berkata perkara tersebut pasti akan diuar-uarkan apabila tiba waktunya.

Insya-Allah dalam masa terdekat, dalam tahun ini. Benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik. Benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan. Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah.

Jelas Nora, setelah kematian suami Allahyarham Johan Nawawi, dia telah melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupan dan kini, mereka sekeluarga hanya ingin mengecap bahagian dan memulakan hidup baru sebagai sebuah keluarga yang lengkap.

Perkembangan terkini, penyanyi lagu Persimpangan Dilema ini bakal tampil dengan sebuah lagu baharu pada tahun hadapan di mana ia bakal menampilkan unsur-unsur dakwah dalam karya tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...