Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Fitnah Saya Seorang Sudahlah, Dia Ada Keluarga..” Annuar Musa Tenang Jawab Gosip Berkahwin Dengan Nora Ariffin

Annuar Musa

Semalam, tular di media sosial apabila wujud desas-desus mengenai penyanyi Nora Ariffin yang didakwa telah diperisterikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Dakwaan tersebut muncul apabila seorang pengguna media sosial Twitter telah menyatakan bahawa kedua figura ini telah bergelar isteri pada malam Rabu yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Annuar Musa (@annuar.musa56)

Tampil tenang menjawab dakwaantersebut, Annuar berkata dia sudah ‘alah bisa tegal biasa’ dalam menghadapi pelbagai fitnah dan juga serangan peribadi daripada pihak tertentu.

Ujar Annuar, dia hanya beristigfar apabila mendengar khabar fitnah tersebut dan hanya bersabar apabila menerima berita tersebut.

Nora AnnuaeSumber : Twitter  

“MasyaAllah..saya beristigfar sahaja, sebagai orang politik tak apalah kalau kawan-kawan ank fitnah sikit-sikit tapi kalau melibatkan orang lain kena jaga nama baik keluarga mereka. Orang yang disebut itu (Nora) setahu saya daripada keluarga cukup terhormat, saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.. kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sudahlah, jangan kaitkan orang lain, orang tu ada keluarga.”

Menerusi laporan media, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin telah tampil menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa dia masih solo dan tidak pernah berkahwin dengan sesiapa.

Advertisement

Dalam pada itu, ahli politik itu juga menyeru individu yang memulakan khabar angin itu segera bertaubat dan memperbanyakkan amalan tambahan pula di dalam bulan Ramadan ini.

View this post on Instagram

A post shared by Annuar Musa (@annuar.musa56)

“Fitnah itu kesannya lagi dahsyat daripada membunu, tapi orang kita tak takut, fitnah dah jadi kerja harian. Semoga mereka terbuka pintu hati. Saya okay sahaja..” ujar Tan Sri Annuar Musa mengakhiri temubual bersama sebuah media baru-baru ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama