Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa sayu apabila dia khabarnya akan meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu turut berkongsikan pemandangan harian yang dirakam dari rumahnya iaitu Menara Kuala Lumpur dan bakal merindui panorama tersebut selepas ini.
View this post on Instagram
Saya akan merindui pemandangan ini (Menara Kuala Lumpur). Sedih pula nak tinggalkan unit ini. Ini belum lagi pindah negara. Insha-Allah minggu depan.
Dia dalam pada itu turut menzahirkan perasaan sayang dan cinta kepada tanah air serta berharap dapat berbakti kepada negara tercinta.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mendoakan yang terbaik buat Nourul dan keluarga agar memperoleh kehidupan yang lebih baik di sana.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nourul memaklumkan bahawa suaminya, Eric Daniel Depp memasang impian untuk menetap di Bali demi masa depan dan pendidikan anak-anak mereka.
Nourul dan Eric telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary,8, Raphael, 6, dan Isabella yang kini berumur dua tahun.
Nourul juga mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah,23, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami terdahulu, komposer Ajai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
among us 2
August 13, 2021 at 5:44 pm
You are doing well. I have read a lot of blog posts, but I have never heard of a topic like this. I like this topic.
among us
August 13, 2021 at 5:44 pm
You are doing well. I have read a lot of blog posts, but I have never heard of a topic like this. I like this topic.
Leylla Elskens
August 11, 2021 at 11:55 am
Banyak kes covid dekat Indon…be careful Nurul and family. All the best.
Anonymous
August 6, 2021 at 12:12 pm
baguslah, org lain berduyun2 keluar indonesia kau pergi check in pulak…. even indonesian admit pendidikan malaysia lagi bagus, dungu…. kahkahkah.. cakaplah nk pindah sbb nak hidup dgn lagho tanpa kritikan org ramai….
Anonymous
August 6, 2021 at 5:27 pm
Amboiii muluttt. Bali ada banyak international school laa. Bukan dia hantar anak pergi sekolah kerajaan pun. Dengki dengan orang tak habis2. Sendiri tu dh sampai mana setakat ni?
Anonymous
August 9, 2021 at 7:06 pm
Anak dia dgn ajai tu sekolah kt indon jugak ke? Local je kan… Gemilang je. Tak payahlah nk sembang kencang konon negara sendiri x bagus, lps tu nk up negara lain. Sbb pendidikan bagailah. Kt sini xde international school ke? Nk pindah, pindah jelah x yah buat statement bangang! Aku mmg sek kerajaan je, hidup je xdelah nk kecam sistem sdiri & x sedar diri mcm korg² ni… Hahaha buduh