Bakal Bergelar Bapa, Ikmal Amry Timba Ilmu Dari Alif Satar

Hiburan

Bakal Bergelar Bapa, Ikmal Amry Timba Ilmu Dari Alif Satar

Pelakon, Ikmal Amry yang kini sedang menanti waktu untuk bergelar bapa menjadikan pelakon dan penyanyi, Alif Satar sebagai rujukan.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, dia selesa meminta pendapat dan nasihat daripada Alif yang bergelar bapa kepada tiga cahaya mata pada usia 31 tahun.

Advertisement

Menurut Ikmal, 27, mereka sekarang sama-sama terlibat di dalam filem Pulau yang menjalani penggambaran di Langkawi dan sejak itu mereka mula rapat.

Saya banyak menerima nasihat serta panduan daripada Alif mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa. Dia sendiri menjadi bapa pada usia yang muda.

Tambah peserta Hero Remaja 2017 itu, dia banyak mendapat ilmu seterusnya mendengar pengalaman Alif. Secara kebetulan, doktor yang bakal menyambut kelahiran anak sulungnya juga merupakan doktor yang menguruskan proses bersalin isteri Alif.

Isterinya, Najla Shamsul bercampur-baur perasaan dalam menantikan ahli baru dalam keluarga.

Saya teruja, dalam masa sama juga berdebar. Najla hanya menanti masa untuk bersalin. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Info tambahan, Ikmal dan Najla telah melangsungkan pernikahan pada 19 Disember tahun lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Gilley
11 hours ago

Jemput Pro-Isr*el Datang Bagi Ceramah, Universiti Malaya Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...