Sebagai kekasih Uqasha, Hefny bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil peduli tentang komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Uqasha dan berpendapat pakaian Uqasha sebenarnya tidaklah “terlampau seksi” seperti yang didakwa ramai.
Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya. Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti.
Bukan kali pertama menjadi mangsa kecaman netizen, Hefny yakin Uqasha sudah lali dan lebih matang untuk menghadapi situasi tersebut. Namun, Hefny tetap memberikan kata-kata semangat buat Uqasha agar pelakon wanita itu tidak terus tertekan.