Pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi aktiviti harian serta kebajikan yang dilakukannya di media sosial.
Baru-baru ini, Ebit dilihat ada menyertai aktiviti lasak mendaki bukit di Tasik Cermin, Setia Alam seperti yang dimuat naik di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Kelihatan berpeluh dan penat ketika mendaki bersama beberapa pendaki yang lain, netizen juga turut bersemangat melihat ketangkasan Ebit melakukan aktiviti sihat.
Dalam pada itu, ada netizen tampil ‘menegur’ Ebit supaya memakai pakaian dan kasut yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti lasak.
Ini berikutan dalam video berkenaan, Ebit dilihat memakai jubah panjang berwarna ‘maroon’.
Salah pakai baju tu ustaz. Memang berlecak lah. -netizen
Ada juga yang seriau melihat Ebit begitu lincah ketika menuruni bukit selain netizen memberikan idea untuk membuat baju jubah ‘hiking’ pula selepas ini.
Hati-hati Ustaz Ebit, risau tengok!