Netizen ‘Petik’ Nama Ebit Lew, Lelaki Tua Hidup Sebatang Kara Dari Kedah Akhirnya Dibantu

Kehidupan

Netizen ‘Petik’ Nama Ebit Lew, Lelaki Tua Hidup Sebatang Kara Dari Kedah Akhirnya Dibantu

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok di mana seorang lelaki berusia lebih separuh abad berkeliaran di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Kisah itu dikongsikan kepada mStar oleh seorang siswa yang dikenali sebagai Nur Insyirah apabila dia mendekati warga emas yang berseorangan di kawasan medan selera.

Advertisement

 

Dikatakan lelaki itu hidup sebagai gelandangan, dia juga memberitahu bahawa dia datang dari negeri Kedah untuk mencari kerja tetapi tiada siapa yang menerimanya atas faktor kesihatan dan umur.

Tambahnya lagi, dia hidup sebatang kara dan isteri serta anaknya telah meninggal dunia. Syirah juga sempat meninggalkan nombor telefon bimbit kepada warga emas berkenaan supaya boleh dihubungi ketika saat-saat diperlukan.

Selain itu, Syirah juga turut membelikan tiket bas untuk warga emas tersebut balik ke kampung halaman di Kedah.

Oleh kerana perkongsian di TikTok itu tular, perkara berkenaan mendapat perhatian pendakwah selebriti Ebit Lew dan pasukannya telah tampil mendekati lelaki tersebut untuk menghulurkan bantuan.

ebit
2 years ago

(VIDEO) ”Hero Sebenar!” - Ebit Lew Ziarah Golongan Tr*nsgender Di Indonesia Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...