“Baju Kalis Dosa Neraka Ke” – Kongsi Harga Busana Untuk Konsert RM235 Ribu, Netizen Perli Rossa

Dunia

“Baju Kalis Dosa Neraka Ke” – Kongsi Harga Busana Untuk Konsert RM235 Ribu, Netizen Perli Rossa

Baru-baru ini, penyanyi hebat berasal dari Indonesia iaitu Rossa meluahkan rasa terujanya menyarung baju bernila RM235,000 untuk pembukaan konsert Rossa 25th Shining Years berlangsung di Plenary Hall, KLCC.

Menurut Rossa, busana hasil daripada sentuhan pereka fesyen Belanda, Iris Van Herpen itu sememangnya satu perlaburan yang berbaloi demi meraikan ulangtahun ke-25 dalam industri seni.

Advertisement

Dalam pada itu, penyanyi tersebut memberitahu bukan senang untuk dia mengambil khidmat pereka fesyen berkenaan dan perlu lalui banyak kriteria penting.

Susulan busana berharga berpuluh ribu itu, Rossa menjadi perbualan ramai di serata platform media sosial dan ramai meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui harga busana tersebut.

Biarpun ramai yang kagum melihatan design serta harga busana jelita itu, ada juga sesetengah netizen yang ‘panas hati’ serta berkata tidak berbaloi membayar dengan harga sebanyak itu, jika reka bentuknya ala-ala langsir rumah.

komen netizen

komen netizen

Bukan itu saja, malah netizen juga sempat mengatakan busana yang dipakai oleh Rossa itu merupakan baju kalis dosa, seolah-olah memerli penyanyi tersebut kerana sanggup membayar ribuan ringgit demi sepasang baju.

Sehingga kini, hantaran gambar tersebut meraih perhatian yang cukup hebat dimana lebih 1000 tanda suka diberi oleh pengguna Facebook.

2 years ago

"Ni Dato', Datin Bolehlah Pergi" - Ramai Mengeluh Tengok Harga Tiket Konsert Rossa, Sampai Cecah RM5K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...