Kehangatan malam Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABPH35) masih lagi dirasai setelah muka-muka baru dilaporkan telah memenangi anugerah bagi segmen masing-masing seperti Bell Ngasri, Aina Abdul, Elly Mazlein sekadar menyebut beberapa nama.
Bukan sahaja penganugerahan bakat artis yang menjadi tumpuan, netizen juga tertunggu-tunggu dan menantikan seleksi busana dan pakaian yang digayakan selebriti pada malam itu.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Anna Jobling, Raysha Rizrose, Sophia Albarakbah, Khai Bahar, Beto dan ramai lagi.
Namun, muncul pula gosip mengenai pelakon Bella Astillah yang dikatakan ‘menyindir’ seseorang. Siapakah?
Menurut satu portal hiburan ini, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu dilihat memuat naik foto Janna Nick dan memuji ‘outfit’nya pada malam itu.
Janna cantik sangat baju nampa sangat elegan..macam tuan puteri. Baju dia tak kg.com..
Malah, dia juga ada memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di mana Bella meletakkan sticker ketawa dan ‘jokes’ di satu ‘post’ yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata merasakan Bella sedang menyindir pelakon baru yang namanya semakin dikenali dan turut memenangi satu anugerah pada malam itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.