Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghabiskan masanya di Brazil dengan menghantar bantuan dan menziarah kawasan-kawasan yang terdapat di sana.
Melalui hantaran di Instagram miliknya, Ebit Lew sudah berada di Brazil sejak 1 Disember yang lalu.
Menariknya, hantaran terbaharu Ebit Lew yang dikatakan berjumpa dengan salah satu ketua kawasan di Brazil.
Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal.
Melalui gambar tersebut, Ebit Lew menyatakan bahawa dia dilayan dengan baik oleh ketua kawasan yang dikatakan mempunyai peribadi seperti mafia.
Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami.
Menurut Ebit, ramai penduduk di sana mengajak untuk mengambil gambar bersama dan turut berterima kasih kerana datang memberi bantuan pada mereka.
Terdahulu, Ebit turut berkongsi video lawatan ke kawasan gelandangan di Brazil. Kelihatan ibu kota Brazil itu sudah menjadi sebahagian daripada perkampungan gelandangan dengan orang ramai membina rumah mereka dengan menggunakan plastik atau kotak.
Anonymous
December 7, 2021 at 3:25 pm
alahai ustaz… kenapa ye musim2 pandemik ni masih dok berusung ke hulu hilir setiap pelusuk dunia. jgn bwk balik varian baru sudah la ye. doa elok2 dah, tp mcm takde kawalan pulak dok peluk sana sini. ini yang kite nampak, yang kite tak nampak tak tahulah macamana.
Anonymous
December 7, 2021 at 2:09 pm
kamu pergi bawa hadiah, mestilah mereka mengalu-alu kedatangan. Apakata, pergi tinggal sana sekurang-kurang beberapa tahun, tengok kamu boleh tahan tak dgn gangster sana
anonymous
December 7, 2021 at 1:53 pm
poyo