Memang menjadi kebiasaan di media sosial kita lihat video tutorial menunjukkan kehebatan sesuatu produk mekap.
Tak kiralah gincu, bedak, ‘eyebrow pencil’ dan macam-macam lagi. Sama seperti video dimuat naik oleh seorang wanita ini yang mahu menunjukkan betapa bagusnya ‘foundation’ berharga RM10 dipakainya.
Menurut wanita itu, dia mahu menunjukkan bukti bahawa ‘foundation’ tersebut memang mempunyai efek ‘full coverage’.
Dia merakamkan bagaimana ‘foundation’ itu dapat menutup warna merah gincu untuk membuktikan kepada netizen yang mempersoalkan tentang produk berkenaan.
Korang boleh nampak, memang ‘full coverage’ gila kan?”
@ama_amalia27 Reply to @nn_ira3 Xpe lah awak fitnah saya menipu, Saya janji tak kan maaf kan awak ? #ad #fyp #fyp? #fyp??viral #fypdongggggggg #sekalikalifyp
Bagaimanapun, menerusi komen di Facebook ramai yang mempertikaikan tentang produk tersebut kerana harga yang terlalu murah.
Selain itu, segelintir netizen turut mempersoal bahan digunakan untuk membuat ‘foundation’ tersebut kerana selalunya ‘ingredients’ untuk membuat alat mekap memang mahal.
Ada yang mengesyaki bahawa ‘foundation’ tersebut mengandungi bahan kimia atau lebih biasa disebut ‘timbang kilo’ oleh masyarakat zaman kini.
Beberapa turut berpendapat tidak perlu memakai ‘foundation’ terlalu tebal jika kulit muka sudah cantik dan ‘flawless’ sepertinya.