“Dah Macam Kena Cili Api” – (VIDEO) Wanita Tunjuk Tutorial Cukur Bulu Muka, Tapi Benda Lain Yang Jadi Perhatian

Kehidupan

“Dah Macam Kena Cili Api” – (VIDEO) Wanita Tunjuk Tutorial Cukur Bulu Muka, Tapi Benda Lain Yang Jadi Perhatian

Aplikasi TikTok dan Facebook ‘reels’ menjadi platform untuk ramai wanita berkongsi pelbagai jenis tips mahu pun tutorial melakukan sesuatu seperti mekap dan penjagaan wajah.

Namun, lain pula yang jadi pada satu video dimuat naik oleh seorang wanita ini.

Advertisement

Menerusi rakaman tersebut, wanita itu dilihat menunjukkan bagaimana dia mencukur bulu di mukanya sebelum memakai mekap.

Memang nampak wajahnya licin dan cantik selepas bulu di mukanya itu dicukur. Dia kemudian memakai krim muka, ‘foundation’ dan beberapa barangan mekap lain di wajahnya.

Bagaimanapun, bukan hanya mukanya yang ‘flawless’ itu mendapat perhatian tetapi juga hasil mekap di penghujung video turut menjadi bualan.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai jenis respon diberikan oleh mereka yang telah menonton video tersebut.

Sesetengah daripada mereka menyuarakan tentang hukum mencukur bulu muka bagi perempuan.

Tetapi, segelintir netizen memberi komen tentang mekap di pipinya yang nampak terlalu merah dan menyerlah.

Beberapa netizen dilihat berkata wajah wanita itu tampak lebih cantik tanpa mekap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

"Kalau P*ndan Yela Helok" - Lelaki Tunjuk Gaya Pakai 'Crop Top' Di TikTok Raih Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Mia

    June 5, 2022 at 9:25 pm

    Cukur bulu di muka (untuk perempuan) sangat tak digalakkan sebab bulu yang tumbuh akan lebih kasar dan lebih lebat dari yang asal. Ia juga akan membuatkan lubang pori lebih luas. Elastisiti kulit juga akan cepat berkurang dan membuatkan kulit cepat kendur. MELAINKAN bulu muka tu dah macam jambang dan kumis lelaki… itu no choice la kena la cukur. Kalau sesaja mcm dia ni, janganlah.

Loading...