Pelawak Jep Sepahtu akhirnya menjelaskan mengapa dia tidak hadir ke majlis perkahwinan rakan baiknya, Shuib Sepahtu bersama pasangan, Watie Hanifiah pada 23 Jun yang lalu.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok ini, Jep dilihat melakukan ‘live’ TikTok ketika berada di kampung sempena sambutan hari raya Aidiladha sambil melayan peminat.
Peminat kemudian bertanyakan mengapakah dia tidak hadir ke majlis perkahwinan rakannya itu dan memberi respon serta merta.
Katanya, dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan Shuib dan Watie sekaligus menjawab persoalan peminat tentang isu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Jep yang terus menjawab persoalan peminat dan tidak berdolak-dalik.
Steady je Jep tak payah meleret-leret.
Benda boleh direct nak kias-kias buat apa.
Terdahulu, peminat mencari-cari keberadaan Jep di majlis perkahwinan Shuib yang diadakan gilang-gemilang namun tidak kelihatan.
Namun, ahli Sepahtu yang lain dilihat hadir dan sama-sama meraikan hari bahagia pelawak itu.