Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bagi Saya Bangkai Gajah Walau Kita Cuba Tutup Baunya Tetap Ada – Elly Mazlein

Pengakuan Faye Kusairi yang kini sedang hangat bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta cukup mengejutkan beberapa pihak dan menjadi topik hangat sejak semalam.

Advertisement

Malah, Elly juga telah memberikan responya dan berharap pasangan merpati dua sejoli itu bahagia.

Menurut Elly, pengakuan Faye itu juga menunjukkan bahawa setiap kata-kata negatif dan kritikan yang dilemparkan kepada dirinya sebelum ini tidak benar.

Saya terhutang budi kepada Faye, akhirnya semua ini kembali kepada dia semula. Bagi saya bangkai gajah walau kita cuba tutup, baunya tetap ada. Itu kesahihan yang kita nampak kini.

Nama Faye tiba-tiba menjadi popular selepas beliau dikatakan merupakan punca rumah tangga Elly dan Azmi musnah. Namun, perkara itu dinafikan oleh Faye dan beliau memberitahu mula bercinta dengan Azmi selepas lelaki itu bercerai dengan Elly.

Advertisement

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 di Surau As Sakinah, di Puchong, dan bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Putri Sara Sefhia pada 10 Mac lepas.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top