October 6th, 2016

Pagi ini nama pelakon Faye Kusairi menjadi topik hangat apabila beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekas suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta. Namun, Faye memberitahu beliau bukanlah punca rumah tangga Elly dan Azmi retak.  Faye dan Azmi mula rapat selepas lelaki itu bercerai.

Susulan pengakuan Faye itu, Elly menerusi akaun Instagramnya telah memberikan responnya dan beliau berharap Faye dapat menjaga Azmi dengan baik serta mendoakan kebahagiaan mereka.

Berikut respon Elly di Instagramnya :-

Terhutang budi .. terima Kasih ya .. kakak lina syg kakak faye ketat2.. jaga Amzi hatta baik2 tau .. kakak lina Doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium cikit kakak Faye.

Malah, sebelum ini Elly pernah dikatakan menyindir Faye menerusi status-status di Instagramnya.

Berbicara mengenai hal berkenaan, Elly menerusi portal Harian Metro tidak menolak jika ada pihak yang terasa hati dengan kenyataannya.

Apa yang saya tulis sekadar kenyataan di laman sosial itu dan kalau ada pihak terasa hati, saya tidak boleh kata apa-apa. Sejak beberapa minggu lalu saya memuat naik beberapa gambar berserta kenyataan dan saya tidak mahu kaitkan dengan sesiapa. Tak sangka pula orang ramai kaitkan status-status itu dengan orang lain pula.

Beberapa hari lepas,  ada satu foto yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah nampaknya mempunyai persamaan dengan foto yang dimuat naik Faye beberapa hari sebelum itu. Walaubagaimanapun, Elly menafikan khabar angin yang beliau seakan menyindir Faye.

Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya.

“Perbalahan” Elly Mazlein dan Faye Kusairi ibarat tiada kesudahannya. Masing-masing  mempunyai isu tersendiri. Apa-apa pun, kita tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Sumber Berita : Instagram Elly Mazlein / Harian Metro


Comments are closed.

Loading...