Malah, Elly juga telah memberikan responya dan berharap pasangan merpati dua sejoli itu bahagia.
Menurut Elly, pengakuan Faye itu juga menunjukkan bahawa setiap kata-kata negatif dan kritikan yang dilemparkan kepada dirinya sebelum ini tidak benar.
Saya terhutang budi kepada Faye, akhirnya semua ini kembali kepada dia semula. Bagi saya bangkai gajah walau kita cuba tutup, baunya tetap ada. Itu kesahihan yang kita nampak kini.
Nama Faye tiba-tiba menjadi popular selepas beliau dikatakan merupakan punca rumah tangga Elly dan Azmi musnah. Namun, perkara itu dinafikan oleh Faye dan beliau memberitahu mula bercinta dengan Azmi selepas lelaki itu bercerai dengan Elly.
Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 di Surau As Sakinah, di Puchong, dan bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Putri Sara Sefhia pada 10 Mac lepas.