“Bagi Diaorang Kecam Puas-Puas..” – Almy Nadia Beri Ucapan Semangat Sempena Hari Pertama Fizz Fairuz Di Suria FM

Hiburan

“Bagi Diaorang Kecam Puas-Puas..” – Almy Nadia Beri Ucapan Semangat Sempena Hari Pertama Fizz Fairuz Di Suria FM

Semalam merupakan hari pertama pelakon Datuk Fizz Fairuz sebagai penyampai radio di Suria FM dan isterinya, Datik Almy Nadia juga tidak lupa memesan ucapan ringkas untuk suaminya.

Akan terima kecaman

Kata Almy dalam ucapan yang dikongsikan di Instagram itu, dirinya tahu suaminya akan sukar menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru ditambah dengan kecaman dari netizen. Namun, pelakon ini menasihati suaminya itu agar menerima dengan hati yang terbuka untuk mencari rezeki.

Advertisement

Good luck sayang, harini hari pertama sayang jadi DJ radio. Sebelum-sebelum ini cuma jemputan, tak sama macam jadi real DJ.

 

Untuk sebulan dua ni memang orang tahu kecam je, bagi diaorang kecam puas-puas sayang dapat pahala sebab sayang kerja cari rezeki untuk keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Terima kasih kepada Suria

Bukan itu sahaja, Almy juga tidak lupa menyampaikan rasa berterima kasih kepada stesen radio Suria FM yang berbesar hati menawarkan pekerjaan tersebut kepada Fizz Fairuz.

Terima kasih Suria FM beri peluang kepada suami saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga anda.

Sebelum ini di sebuah sidang media, Suria FM telah memaklumkan bahawa Fizz Fairuz merupakan salah satu penyampai radio baru untuk stesen radio tersebut di samping Chiwan dan Kai.

3 months ago

"Semoga Dapat Beri Kelainan Pada Pendengar.." - Tiga Wajah Baru Diperkenalkan Sebagai Penyampai Radio Suria FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...