“Semoga Dapat Beri Kelainan Pada Pendengar..” – Tiga Wajah Baru Diperkenalkan Sebagai Penyampai Radio Suria FM

Hiburan

“Semoga Dapat Beri Kelainan Pada Pendengar..” – Tiga Wajah Baru Diperkenalkan Sebagai Penyampai Radio Suria FM

Telah rasmi diumumkan bahawa pelakon Datuk Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan merupakan tiga penyampai radio baru yang bakal berkhidmat di stesen radio Suria FM bermula 21 Januari ini.

Mula bekerja

Menurut Fizz Fairuz, dirinya amat teruja untuk mula menjadi penyampai radio di Suria FM meskipun ia adalah satu perkara baru dalam hidupnya. Tambah pelakon ini, dia berharap agar dirinya diterima baik oleh para pendengar.

Advertisement

Ini perkara baru dalam hidup saya. Dengan tugasan ini jadual akan berubah dan saya boleh belajar bekerja mengikut waktu pejabat.

 

Apabila ditawarkan saya tidak keberatan untuk terima. Semoga dapat memberi kelainan kepada pendengar.

suriaSumber : mStar  

Akan ada radio survey

Menurut Pengurus Besar Suria, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, penyertaan tiga nama ni diharap mampu membawa penambahbaikan pada stesen tersebut menjelang sesi radio survery bulan hadapan.

Ini merupakan salah satu langkah seiring dengan keperluan semasa untuk memantapkan dan kukuhkan lagi barisan penyampai.

fizz

Untuk info, Fizz bakal bersiaran di segmen pagi bersama Ajak dan Suraya manakala Chiwan pula akan bersama Sharifah Shahirah untuk segmen Suria Petang mengisi tempat Tyzo dan Kai akan di segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 menggantikan Suraya sementara cuti bersalin.

suria
3 months ago

"Saya Buat Kesimpulan Tyzo Tak Lagi Berminat.." - Suria FM Tampil Dedah Punca Sebenar Penamatan Kontrak Tyzo

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...