Baru sahaja berumah tangga, spekulasi mula tercetus apabila ibu kepada pelakon jelita, Hannah Delisha memuat naik puisi seakan memberi bayangan kepada perhubungan yang tidak direstui. Puisi yang ditulis ibu, Noor Ashikin Ahmad menimbulkan persoalan orang ramai mengenai kemelut sebenar yang dihadapi keluarga ini.
Terbaru, beliau membuat hantaran terakhir iaitu Epilog #IbuTakRestu memohon pembaca memahami hati si ibu apabila hanya mengetahui mengenai berita pernikahan si anak waktu yang sama diketahui umum. Tulisnya lagi, si ibu tidak restu dan reda dengan cara perkara ini dikendalikan.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu juga, beliau menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi sang ibu serta sebab perhubungan tidak direstui.
Sang Ibu adalah:
1. Ibu tunggal melahirkan, membesarkan dan mendidik Sang Anak tunggal.
2. Beliau tidak merestui perhubungan Sang Anak dan Pasangannya sejak mereka belum bernikah lagi kerana kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara Sang Ibu dan Pasangan Sang Anak.
Sang Ibu sudah tidak restu dari awal lagi perhuhungan mereka kerana apa yang terjadi (lihat keterangan 2).
Tetapi, pernikahan tersebut tetap dilanjutkan tanpa pengetahuanya. Kita gunakan akal sihat untuk berfikir sejenak.
(a) Sang Ibu tidak membenci Sang Anak, tetapi tidak Reda dan Restu dengan Cara, Etika dan Norma perkara ini dikendalikan oleh Sang Suami pada anaknya; serta cara pihak yang sewaktu denganya, mengendalikan perkara ini.
(b) Pasti Sang Suami mempunyai seorang “Ibu”. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu Sang Suami dan keluarganya?
Beliau turut bertanyakan perasaan ibu sang suami jika perkara sebegini berlaku ke atas keluarganya.
Di ruangan komen, netizen memohon agar ibu tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan. Rata-rata memberi kata-kata semangat dengan cuba memahami luka yang dialaminya. Mereka berdoa semoga ada jalan penyelesaian dan berdamai cara baik.