Nampaknya masalah suami isteri yang menimpa pelawak terkenal, Shuk Sahar dan Sera masih tiada kesudahan. Seperti biasa, masalah mereka ini akan dapat diketahui melalui kemaskini terbaru dari isteri Shuk di Instagram Story.
Terbaru, Sera dilihat sekali lagi meluahkan perasaan sakit hati terhadap suaminya yang dikatakan menyeksa hidupnya apabila dia mendakwa Shuk sibuk bercinta sana sini tetapi tidak mahu mengaku.
Dalam pada masa yang sama, Sera turut mengatakan Shuk tidak memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka seperti digantung tak bertali.
Tambahan lagi, Sera berkongsi yang Shuk memaklumkan kepadanya kini berada di Ipoh dan oleh kerana itu Sera meminta orang ramai mengambil gambar atau video jika terlihat suaminya itu atau di mana-mana tempat lain.
Selain itu, ada beberapa individu yang memberitahu isteri pelawak itu bahawa suaminya sudah termakan benda kotor yang diberikan oleh pihak sebelah, namun perkara itu belum dapat kepastian lagi.
Apapun masalah yang menimpa, diharapkan selesaikan dengan cara baik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dijauhkan dari benda-benda tidak baik.